AIR BERAS JANGAN DI BUANG

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Air beras memang takkan dibiarkan. Banyak sangat manfaat air beras untuk kecantikan ni tau. Kalau tahu manfaat air beras ni, lepas2 ni bila basuh beras tu boleh lah terus cuci muka. Lagi elok kalau gune air basuhan yang pertama. Sebabnya lagi banyak nutrient yang terkandung dalam air basuhan yang pertama tu berbanding yang kedua atau yang ketiga tau.

Jadi hari ni CikBella nak sharekanlah sikit manfaat-manfaat air beras ni. Saambil masak pown boleh cantik... Boleh dapat muke macam artis korea, wah gituu



1. Sebagai toner untuk kecilkan pori.

    Rendamkan kapas didalam air cucian beras. Kemudian lapkan ke kulit muka (fokus pada kawasan bermasalah seperti pori terbuka). Air beras dapat menghapuskan setiap kotoran dan sebum yang ada dikulit serta mengecilkan pori muka. Kalau amalkan sebagai rutin harian, anda akan dapat rasa kulit muka lebih segar dan putih. Pori-pori yang besar pon akan semakin mengecil.

2. Masker muka.

   Siapa kat sini suke pakai masker? Orang perempuan ni memang suka sangat kalau dapat masker ni tau. Bella sendiri memang suka pakai masker... Rase tenang je...  Bella sarankan anda semua supaya try masker air beras ni. Ia sangat bagus untuk kesegaran muka kita.
 Mudah je caranya. Ambil tisu dan potongkan ke beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendamkan tisu yang kita dah potong tadi lebih kurang dalam 10 minit. Dah lepas 10 minit, kita angkat dan toskan tisu tu dulu (jangan tak tos. Kang ade yang menjejes2 air beras kat muka ๐Ÿ˜‚). Tampalkan tisu ke muka secara perlahan2 selama 15 minit. Pastu bilaslah cam biase.

3. Sebagai pencuci muka.

  Yang ni sesuai untuk yang malas nak keluarkan duit untuk beli pencuci muka, nak jimatlah katekan (kite Geng๐Ÿ™ˆ). caranya mudah je.
 1. Simpan air beras setiap kali mencucinya.
 2. Letakkan dalam peti ais untuk tahan lama.
 3. Gunakan setiap kali nak cuci muka.
Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencerahan kulit.

4. Masker rambut.

Air beras ni bukan untuk kulit je. Untuk rambut pun boleh digunakan!! Yang ni Bella baru tahu... huhuhu..
1. Tuagkan air beras pada kulit kepala / letak air beras dalam bottle spray dan spray pada rambut bila2 masa.
2. Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
3. Kemudian bilaskan menggunakan shampoo.

Masker ni dalam sekali cucian je dah boleh nampak rambut makin cantik dan bersinar.

5. Penyembuh jerawat

 Manfaat yang ke-5 ni adalah yang terakhir yang dapat Bella share untuk anda semua. Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di muka. Air ini akan dapat menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat.


Secara keseluruhannya, air basuhan beras memang banyak manfaatnya. Ia boleh digunakan ke seluruh badan, dan bukan tertumpu hanya pada kulit wajah kita. Air beras ni boleh tahan selama seminggu kalau di simpan dengan cara yang betul di dalam peti ais rumah anda. So, lepas ni jangan terus buang air basuhan beras tu tau. Ambil sikit dan gunakannya sebagai rutin harian anda.

No comments:

TERBARU

LIRIK LAGU FAIZAL TAHIR - RAGAMAN

  Hari isnin kau berkata nak makan lasagna Dah sampai kedai nak tomyam pula Oh my God Petang rabu nak cendol pula Biar beti...

Catatan Popular