PENGALAMAN KE PULAU LANGKAWI

Hai uolss...
Nak bagitahu awal2 yang entry kali ni banyak gambar je aku sent. So korang yang tak minat nak tengok gambar tu, takyah la tengok. hikhik...

ok, alkisahnye skang Bella xleh tido... so bile takleh tido ni biase la, pishang. Nak scroll handphone 24 jam tak tahu nak tengok ape dah. Takkan la asyik nak dok scroll ig je kan. huhu (nak scroll pon malas haha)

So aku ingat macam nak scroll gambar-gambar dalam fon ni. Bosan lah katekan (padahal fon dah penuh sebab banyak sangat gambar). Tengah dok scrolling, pilih gambar mane yang nak kene buang, tetiba eh,ternampak lak gambar mase bercuti sebulan yang lepas. Tetiba lak rase macam nak share kat korang semua pengalaman aku bercuti kat Pulau Langkawi dengan family. oh, don't worry, ni bukan citer hantu ke ape eak. ni just pengalaman aku kat sane je. hehehe..

Ok, aku gi bercuti dengan family aku mase tu tiga hari dua malam je (takleh lame2 kat sane nanti habis semua aku nak borong). Tak silap aq pegi hari jumaat pagi, balek hari ahad petang. Bapak aku ni jenis yang suka pergi mane2 awal tau, so kitorang gerak pagi tu dari besut( aku tinggal kat Jerteh, Besut kalau korang nak tahu) dalam pukul 4 pagi macam tu sebab nak solat subuh kat gua musang. Lepas tu sampai kat perlis dalam pukul 10 pagi macam tu. Tapi kitorang naik kapal kul 4 petang  sebab gi jalan kat Padang Besar la ape la. hahaha...

Kat Pulau Langkawi tu family aku stay kat rumah Mara. Ayah aku dah booking awal2 dah sebab rumah Mara kat Pualu Langkawi tu ade satu je. huhu.. Rumah Mara ni bagi aku ok la. Besar, boleh muat 3 family (kalau satu family tu 5 orang). Harga pun memang berpatutan, cuma RM50.00 je. Tapi aku tak sempat lak nak snap gambar kat rumah Mara tu ( bukan x sempat, tapi malas hahaha).

Hari Sabtu tu kiranya hari aktiviti kitorang la. tu la masenye untuk nak pegi mane2 yang kitorang nak pegi. So sabtu pagi tu dalam kul 10 tu kitorang gi naik cable car dulu. Ni memang aktiviti yang kitorang dah rancang awal2 (tak, tu aktiviti yang aku dengan kakak aku dah rancang sebenarnye). Aku pergi mase tu kire harge murah la sebab beli online, so dapat diskaun. Lagipun beli online ni senang, kau tak payah susah2 dah nak beratur kat kaunter untuk beli tiket tu sebab hari sabtu kan, kompem2 la ramai orang. Cume ye la, tak leh nak tahu mase kau pegi tu hujan ke tak ( mase aku gi tu mendung, so tak nampak sanga la pemandangan).

Tiket skycab ni dia ada package. Dalam package tu ade 4 aktiviti. Skycab, Skydome, 3D Art Gallery, dengan Skyrex. Dalam keempat-empat aktivit ni, yang paling aku suka adelah Skycab dengan 3D Art. Skycab ni yela, kite naik cable car la. Kalau 3d Art ni, aku suka sebab boleh tangkap gambar bebanyak (walaupun tak cantik). 3D Art Gallery ni aku rase sangat sesuai untuk orang yang suka tangkap gambar la. Nak gambar candid ke ape ke haaa kat sini la syok. Aku suka ambik gambar kakak aku, so kat sini la dia gunakan aku untuk jadi photographer tak berbayar dia. And apa yang aku suka dengan 3D Art Gallery ni, dia punya lukisan memang cantik. Kat bawah ni aku akan share gambar kat dalam tu, so korang boleh la usha2.

Ni la gambar aku dengan family aku. Kakak aku yang tudung merah yang cun tu.hahaha...
Time aku betulkan tudung, time tu la kakak aku nak tangkap gambar

Ni la King and Queen dalam family.



OK, bawah ni pulak gambar2 aku dengan family mase kat 3D Art Gallery.


Anak2 panda nak jatuh. Hahaha...

Ok, jangan jatuh ke hati awak sudah la. opps..



Boleh la kalau nak jadi Thor. haha...
Opps, Sweet moment detected... 

Habis je kitorang puas naik cable car ape semua, kitorang pon cari la tempat nak makan ape lagi (lapar weyh sampai kul 4 petang kat situ). Kitorang beli makanan kat pasar malam dia je sebab jimat haha. Aku tak ingat lak name pasar malam tu ape, tapi dia dekat dengan hotel la yang penting (punya la pemalas nak jalan jauh).hikhik...

Waktu malam kitorang tak buat apa sangat. Just beli coklat2 untuk nak bawak balek kat sedare mara ngan kengkawan. yang paling banyak beli aku la (tapi aku borong dark chocolate je la sebab aku tak makan coklat susu tu). Lepastu beli la hadiah untuk kawan baik aku (keychain je pun haha).

Hari ahad tu baru  la hari untuk aku dengan mak aku borong periuk ( jangan ingat aku tak borong ek). Mak aku dok beli periuk non-stick punya dari Tefal ( mase ni ade offer tak silap aku harga dia baru RM69.00). Yang aku pulak dok borong  beli sudu garfu (aku tak tahu la kenape aku suka sangat kumpul sudu dengan garfu ni).  Then, pukul 4 kitorang balek.

Ape yang aku nak cerita sebenarnye bukan lah manfaat sangat pon sebab aku dok citer entah pape aku sendiri tak paham. Tapi aku nak citer la, kalau korang nak pegi satu tempat yang kene bayar tu, better korang survey harga dulu la eak. Aku cadangkan tengok tiket kat 11street ke shopee ke. Sebab harga dia memang akan jauh lebih murah daripada yang kat website asal ( kebanyakannya lah). So, better korang survey dulu. jangan main terjah kang lari bajet. hahaha... Kalau korang tengah cari mane2 tempat yang syok untuk bercuti tu, boleh la try pegi Pulau Langkawi. Kompem tak menyesal. Ok, bye..

OMEGA GUARD SHAKLEE APA FUNGSINYA?

Hai dan assalamualaikum pembaca semua👋
ok, hari ni Bella nak kongsikan pada korang semua tentang satu supplement shaklee yang semamangnye hangat di pasaran dari dulu lagi iaitu... OMEGA GUARD!

Ok, bagi mereka yang dah selalu konsume omega guard ni mesti la tahu kan omega guard ni ape, right? Untuk mereka yang belum kenal lagi Omega Guard ni apa, biar Bella ceritakan la sikit pasal Omega Guard ni supaya korang tak de la terpinga2 ape benda yang Bella dok membebel ni 😁

Secara kasarnye, omega guard ni adalah minyak ikan. Minyak ikan ni macam yang kita tahu dalam dia ade omega-3. tapi, ape beza Omega Guard dengan minyak ikan yang lain??😕

Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).


5 Kebaikan Minyak Ikan Yang Patut Anda Tahu
sini Bella nak berkongsi bagaimana minyak ikan begitu bermanfaat bagi golongan tersebut…
Minyak Ikan Untuk Diabetes

🌸mengelakkan jangkitan kuman terutama sekali bagi pesakit diabetes yang tercedera. Pesakit diabetes berisiko terkena jangkitan apabila mana-mana anggota badan mereka mengalami kecederaan terutama sekali di bahagian kaki.

🌸meningkatkan pengaliran darah kerana minyak ikan membantu untuk mencairkan kepekatan darah dalam badan.
Minyak Ikan Untuk Kolestrol

🌸membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan paras kolestrol baik yang diperlukan oleh badan.
Minyak Ikan Untuk Ibu Mengandung

🌸mengandungi DHA yang membekalkan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin.

🌸membantu mengawal berat badan ibu secara semulajadi.

🌸membantu mengawal kolestrol ibu sepanjang kehamilan.
Minyak Ikan Untuk Ibu Menyusu

🌸membantu ibu menyusu menurunkan berat badan secara semulajadi sepanjang tempoh penyusuan.

🌸membantu meningkatkan pertahanan tubuh badan ibu
Minyak Ikan Untuk Pesakit Asthma

🌸membantu mencairkan kahak dan memelihara kesihatan paru-paru
Perbezaan Minyak Ikan Omegaguard Shaklee Berbanding Jenama Lain

Penghasilan minyak ikan Omega Guard Shaklee melalui proses penyulingan berperingkat atau dinamakan sebagai Triple Molecular Distillation Process.

Proses penyulingan ini akan menapis logam berat dan pencemaran lain yang terkandung di dalam badan ikan, mencegah oksidasi dan trans lemak serta menghasilkan bau dan hanyir ikan yang minima.

Kandungan Omega 3 di dalam minyak ikan Omegaguard Shaklee terbukti mengandungi EPA dan DHA tinggi berbanding jenama yang lain.

Sebelum membeli sebarang Omega 3 (minyak ikan), pastikan anda semak label dengan teliti. Beli yang mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi. Sebab ada minyak ikan yang mengandungi EPA & DHA yang 'secoet' je. Minyak ikan Shaklee menyediakan 1000mg 'pure fish oil' per serving, dengan 540mg EPA & 360mg DHA. Kena baca tau supaya anda beli minyak ikan sebenar -- bukannya beli lemak ikan.

Untuk memudahkan korang, Bella sertakan beberapa gambar Omega guard dan testimoni sekali kat sini. Sebarang pertanyaan boleh wassup Bella terus, ok.

http://www.wasap.my/+60197669243/haisayanaktanyaharga






 






http://www.wasap.my/+60197669243/haisayanaktanyaharga



I'm back!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!👋

Dah lame sangat rasenye Bella tak update post kan... Almaklumlah, kesibukan melanda... huhuhu... Tapi sekarang alhamdulillah Bella dah tak sibuk mane... So lepas ni boleh la update post bebanyak😁Nantikan ye pembaca2 semua yang setia dengan Bella. Hehehe...


TERBARU

LIRIK LAGU FAIZAL TAHIR - RAGAMAN

  Hari isnin kau berkata nak makan lasagna Dah sampai kedai nak tomyam pula Oh my God Petang rabu nak cendol pula Biar beti...

Catatan Popular