Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza


Lirik lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza


 Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana ke mana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

(chorus)
 Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawa pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi


Repeat chorus

Biar dikenang kasih, budi dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

repeat chorus

No comments:

TERBARU

LIRIK LAGU FAIZAL TAHIR - RAGAMAN

  Hari isnin kau berkata nak makan lasagna Dah sampai kedai nak tomyam pula Oh my God Petang rabu nak cendol pula Biar beti...

Catatan Popular